MOH KITA KE IFTAR SEKAMPUNG!!


Kepada semua warga Kolej Tun Dr Ismail, saya mewakili seluruh warga pelaksana Ihya' Ramadhan 2009 KTDI, Lujnah Tarbiah dan Kepimpinan Surau (LTKS) dengan ini mengalu-alukan kehadiran anda semua ke majlis berbuka puasa perdana IFTAR SEKAMPUNG 2009 pada 12 SEPTEMBER 2009 bertempat di DEWAN SERBAGUNA (DSG) KTDI. Untuk makluman semua warga kolej, kerja-kerja rewang bermula jam 3 PETANG bagi menyediakan BUBUR AYAM untuk moreh, kemudian akan diikuti dengan penyediaan makanan untuk berbuka. Insya'allah, sebelum berbuka kita akan bersama-sama membaca AL_MA'THURAT dan diikuti dengan sedikit ucapan alu-aluan dari tetamu VIP. Hanya RM1.00 untuk menu makanan seperti NASI HUJAN PANAS, AYAM MASAK MERAH, ACAR TRADISI, BUAH-BUAHAN TROPIKA dan KUIH-MUIH serta MINUMAN yang menyegarkan. Bayaran dibuat selepas makan pada tabung yang disediakan. Sebarang masalah boleh hubungi Saudara Najah di talian 0137903702. JUMPA DI SANA!!!

0 comments:

Post a Comment