Ceramah Perdana

Jom dengar Ceramah Perdana "Ramadhan is Puasa, Merdeka is ......." pada 3 September jam 9.45 mlm bertempat di Dewan Sri Resak, KTDI. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Makan dan minum disediakan.

IHRAM '09


Ayuh beramai-ramai memeriahkan Karnival Ibadah kali ini. Dengan bertemakan "Ramadhan Pengukuh Ukhuwah Fillah", kami di Lujnah Tarbiah Kepimpinan Surau(LTKS) mengharapkan agar seluruh warga KTDI mengambil kesempatan kali ini untuk beramal dan diharapkan agar program Ihya' Ramadhan KTDI kali mencapai matlamatnya. Antara aktiviti yang dijalankan adalah tadarus Al-Quran setiap malam selepas tarawikh, Qiamullail dan Sahur Mahabbah setiap Sabtu dan Ahad, pertandingan melukis banner, Ceramah Perdana, Bengkel Sembelihan, Iftar Sekampung, Majlis Penutup dan Khatam Al-Quran. Sebarang informasi dan masalah boleh hubungi ana di talian 0134408934.

Family Day LTKS



Seronoknya Family Day LTKS.. Andai hari itu terus-terusan berlaku dalam hidup ini, pasti bahagia. Tema yang dipilih kali amat bertepatan dan berjaya direalisasikan aku kira. "Ukhuwah Fillah", mengukuhkan tautan ukhuwah yang sudah sedia terjalin. Syabas kepada penganjur dan semoga LTKS KTDI terus unggul memacu kegemilangan. AKU SAYANG LTKS!!!