
Adakah dakwah Islam telah sampai ke bumi Sarawak? Apabila penghinaan terhadap Islam datang dari sebuah bumi yang bernama Sarawak, satu persoalan yang perlu dijawab adalah, adakah umat Islam di Malaysia umumnya dan Sarawak khususnya telah berusaha membumikan Islam di bumi Sarawak? Jika tidak, maka memang wajarlah anak-anak kecil di Sarawak memperlekehkan Islam. Saya memperingatkan diri saya, jangan simpan Islam itu untuk diri sendiri sahaja, tetapi kongsikanlah keindahan Islam ini juga kepada orang lain, kerana ‘ISLAM UNTUK SEMUA’. Agama Islam itu juga adalah untuk dikongsikan bersama anak-anak kecil bukan Islam di SMK St. Augustine, Betong, Sarawak. Wajarkah anak-anak bukan Islam yang menghina Islam ini didakwa, sedangkan umat Islam sendiri tidak pernah ‘mendakwah’ mereka dengan komited? Adakah sama Sarawak dan Semenanjung Malaysia? Adakah sama orang yang mengetahui dan yang tidak mengetahui? Kita belum pernah memberi mereka peluang melihat keindahan Islam sebenar, lantaran keindahan Islam yang terhijab oleh ummatnya sendiri. Suatu muhasabah untuk diriku.. Penghinaan terhadap Islam ini perlu menjadi suatu ingatan kepada umat Islam agar memasang niat, bahawa suatu hari nanti, kita akan ‘BUKA’ Negeri Sarawak, kerana kita begitu sayang kepada penduduk Bumi Kenyalang itu. Mudah-mudahan suatu hati nanti, dari sulbi dan keturunan-keturunan mereka ini, akan lahir generasi-generasi umat yang sujud menyembah dan mentauhidkan Allah yang menjadikan batang tubuh mereka dan alam semesta ini.

Umat Islam di Malaysia rata-ratanya cukup ‘tercabar dan terpukul’ sehingga merasa ingin ‘mencabar dan memukul’ kembali budak sekolah berkenaan. Umat Islam ibarat api yang berada di dalam sekam, jika darjat agama ini dikurangi atau dicabar walau sedikit, maka nantikan tindakbalas yang ‘wajib’ akan muncul. Sebagai umat Islam, kita tidak boleh berdiam diri sahaja melihat ajaran Islam diperlekeh. Tanggungjawab mempertahankan Islam itu ‘fardhu ain’ terpikul di atas bahu-bahu dan pundak setiap umat Islam. Jika bukan umat Islam sendiri bangkit mempertahankan ajaran Islam, apakah kita mengharapkan orang bukan Islam bangkit mempertahankan Islam ini? Adakah kita akan mengharapkan Chandra Muzaffar bangkit mempertahankan Islam daripada dihina? Adakah kita akan mengharapkan George Bernard Shaw bangkit mempertahankan Islam daripada diperlekeh? Apakah kita akan mengharapkan Profesor Tejatat Tejasen, yang baru ‘kembali’ semula kepada Islam untuk bangkit mempertahankan Islam? Adakah kita akan mengharapkan Micheal H. Hart bangkit mempertahankan Islam? Di mana suara dan tindakan umat Islam? Apakah kita akan mengharapkan Syeikh Ahmad Yassin bangkit semula dari pembaringan syahidnya untuk menyampaikan tasyji’ jihad mencabar umat Islam bangkit mempertahankan Islam? Jawapannya sudah tentu ‘tidak!’. Kita mengharapkan umat Islam yang masih hidup di atas muka bumi ini sendiri bangkit mempertahankan Islam. Memang wajarlah orang bukan Islam hari ini bangkit menghina Islam, kerana umat Islam sendiri tidak bangkit mengamalkan Islam, apatah lagi mempertahankannya, jauh sekali untuk menyebarkan dan meninggikan kalimahnya. Jawapannya ringkas ‘Jangan sekali-kali sumbu jihad terpadam dari jiwa-jiwa umat Islam, kerana jihad itu adalah salah satu prinsip dan asas binaan Islam’.
SOLAT DARI PERSPEKTIF SEORANG MU’MIN, ASTORA JABAT DAN AMINAH WADUD
‘Bainal kufri wal iman, tarkus solah’... Pembeza iman dan kufur itu adalah mengerjakan solat. Suatu yang menyindir diriku, adalah yang mengerjakan solat berjemaah di dalam youtube berkenaan adalah orang yang kufur. Mana mungkin ini berlaku!! Rasulullah SAW bersabda, bahawa yang menjadi pembeza iman dan kufur itu adalah mengerjakan solat. Tetapi inilah yang berlaku. Ramai umat Islam yang tidak lagi ingin mengerjakan solat, akibatnya.. orang yang kafir membantu umat Islam untuk ‘mengerjakan’ solat.. Slot muhasabah, jangan biarkan orang kafir ‘mengerjakan’ solat. Sebaliknya ‘solatlah sebelum orang kafir ‘bersolat’ bagi pihak kita’.. Adakah ia adalah suatu peringatan yang diturunkan oleh Allah kepada umat Islam agar mengerjakan solat? Sekiranya kita berfikir seperti Astora Jabat berfikir, maka kita akan menjawab ‘Peristiwa ini sekadar fenomena alam’. Sekiranya kita berfikir seperti Aminah Wadud berfikir, maka kita akan menjawab ‘Orang perempuan pun boleh jadi imam solat jumaat’. Tetapi sekiranya kita berfikir dari dalam lubuk hati seorang mukmin yang jernih, maka hati kecil kita akan menjawab ‘Ia adalah peringatan dari Tuhan semesta alam supaya jagalah ibadah solat dengan sebaik-baiknya’. Apabila menyentuh tentang perkara solat, umat Islam tidak boleh melupai pengorbanan Rasulullah SAW untuk ummatnya. Dalam peristiwa Isra’ Mi’raj, ketika pertama kali menerima perintah solat, Rasulullah SAW turun naik menghadap Allah sebanyak 9 kali untuk mendapat keringanan ibadah solat terhadap umat Islam. Ketika hampir wafat, dua patah perkataan yang tidak lekang dari bibir Rasulullah walaupun sedang sakaratul-maut adalah SOLAT dan UMAT. Betapa bernilai dan berharganya pekerjaan yang bernama ‘solat’ ini untukmu wahai Rasulullah...
DARI LUBUK HATI SEORANG ISLAM
Kesimpulan kepada analisis ringkas ini, sebagai seorang Islam, youtube ‘ajukan solat berjemaah pelajar SMK St Augustine, Betong, Sarawak’ sudah semestinya menimbulkan rasa kurang senang. Lubuk hati menangis dalam diam melihat fiqh ibadah terbesar Islam ini diperlekeh sedemikian. Sumbu boleh bertukar menjadi bara dan bara boleh menjadi marak jika penghinaan ini tidak diberi titik noktah. Oleh itu, janganlah sarang tebuan ini hendak dijolok jika tidak ingin berhadapan sengatannya. Janganlah jejaskan perpaduan dan keamanan negara yang telah lama dikecapi bersama ini. Islam tidak pernah mengajar umatnya menghina agama lain, dan demikian juga, agama lain tidak pernah mengajar penganutnya menghina agama-agama yang lain.. Dalamilah agama, kerana di dalam kajian terhadap agama yang ikhlas itu akan ada jalan yang menunjuki kepada kebenaran yang sebenar...
MUHAJIRIH BIN AHMAD, 6 NOVEMBER 2009. 
Dah kenyang makan, maka kami pun balik lah ke UTM!
Pimpinan muslimin
Contoh 2:

Pimpinan Muslimat
Contoh 1:


Konsert Beyonce yang dijangka berlangsung pada 25 Oktober ini akhirnya terpaksa ditunda ke tarikh lain. Entah apa sebabnya yang sebenar tapi mengikut apa yang diperkatakan oleh pihak penganjur, penangguhan itu disebabkan oleh permintaan penyanyi itu sendiri dan tambahnya lagi ia tiada kena mengena dengan sebarang alasan lain! Boleh percaya ke?
Ini merupakan satu kemenangan moral buat mereka yang bersungguh-sungguh membantah penganjuran konsert ini. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ia cuma ditangguh ke tarikh lain yang masih belum ditetapkan, dan diharapkan agar segala usaha untuk memberi tekanan keatas penganjuran konsert ini tak berhenti sekerat jalan sahaja.
Semoga usaha kalian membuahkan hasil kerana percayalah pada janji Allah, barangsiapa yang membantu agama Allah, Allah pasti membantu kamu!
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk Berita Harian
Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir dengan jayanya kepada semua sahabat sahabiah. Semoga Allah mengiring usaha kalian dengan rahmat dan kasih-sayangnya. Doa untuk mencerdaskan otak dan tidak mudah lupa:
Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan PR Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan memberitahu, sekiranya benar dakwaan pemimpin BN bahawa rakyat kembali yakin dengan mereka, BN seharusnya tidak perlu takut membubarkan DUN Perak dan mengambilnya melalui proses pilihan raya negeri.
"Jika Bagan Pinang sebagai mana yang didakwa oleh BN sebagai petunjuk bahawa rakyat telah menyokong BN, dengan ini saya mecabar kepimpinan BN di Perak untuk segerakan pembubaran DUN Perak dan memberi laluan kepada rakyat untuk memilih siapakah kerajaan yang akan meneruskan teraju kerajaan di Perak," kenyataannya dipetik.
Dia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Titi Serong memberitahu, jika BN menang pada pilihanraya itu, Pakatan Rakyat akan menerimanya atas semangat demokrasi.
Kekalahan PAS mahupun Pakatan katanya bukan sesuatu yang luar biasa malah berlaku sejak merdeka sehinggalah di Bagan Pinang.
Namun lebih penting ujarnya, kepentingan rakyat negeri itu yang juga mahukan pembubaran DUN agar hak mereka dikembalikan untuk memilih kepimpinan yang akan menerajui negeri mereka.
"Desakan ini sudah bermula sejak 5 Februsri 2009 dan tidak jemu-jemu kami suarkan kerana melihat kepada kepentingan rakyat Perak sebagaimana slogan BN 'rakyat didahulukan'.
Makanya inilah masa untuk mendahulukan rakyat dengan bubarkan DUN Perak," tulisnya.
Dalam PRK Bagan Pinang semalam, calon PAS Zulkefly Mohamad Omar tewas kepada calon BN Tan Sri Mohd Isa dengan jumlah majoriti sebanyak 5,435 undi.
Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly, Pesuruhanjaya PAS Negeri, mendapat 2,578 undi.
Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi oleh BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.
Ekoran kemenangan itu, kepimpinan BN mendakwa parti itu kini sudah mula diterima kembali oleh rakyat selepas ditolak pada Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu dan tujuh siri pilihan raya kecil sebelum ini.
Mereka juga mendakwa, pembaharuan dibawa Datuk Seri Najib melalui slogan '1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan', antara faktor besar penyumbang kepada kemenangan tersebut. _
Sumber: www.harakahdaily.net

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan? Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang memberi peringatan.” (QS. 88:17-21)
"Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan?", ayat Allah S.W.T ini mengajak kita mengamati secara teliti akan seekor binatang yang digelar unta. Dalam artikel kali ini, marilah kita bersama-sama mempelajari dan mengamati akan haiwan ini seperti yang disarankan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran hamper 1400 tahun yang lalu.
Karakteristik khusus dan eksklusif yang dimiliki unta adalah struktur tubuhnya yang tidak terpengaruh meskipun hidup di tengah keadaan yang panas membahang. Tubuhnya mempunyai kelebihan di mana selama berhari-hari, unta dapat hidup tanpa air dan makanan, bahkan dapat mengadakan perjalanan dengan mengendong beban ratusan kilogram di punggungnya. Beberapa karakteristik unta ini membuktikan bahwa binatang ini memang diciptakan untuk keadaan iklim yang kering dan ditugaskan untuk membantu untuk kesenangan manusia. Dalam Al-Quran surat Yunus disebutkan: "Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang bertaqwa.” (QS. 10:6).
Unta telah di ‘design’ secara khusus untuk keadaan padang pasir. Pada hakikatnya, setiap bagian tubuh unta harus dikaji dan diteliti untuk memahami bagaimana unta diciptakan oleh Allah S.W.T.
Kaki untuk segala jenis tanah;
Kakinya memiliki dua jari yang saling terkait dengan bantalan yang fleksible. Struktur yang terdiri dari empat bulatan tebal ini memungkinkan kakinya untuk bertahan dengan kuat pada tanah. Kaki-kaki ini benar-benar sesuai untuk segala jenis keadaan tanah. Kuku-kukunya melindungi tapak kaki dari kerosakan yang mungkin terjadi akibat pukulan. Lututnya dilindungi oleh suatu struktur yang disebut "callus", yang terdiri dari kulit yang sangat keras dan tebal seperti tanduk. Fungsinya, ketika unta duduk di atas pasir yang panas membakar, struktur “callus” ini melindunginya dari kerosakan akibat pasir yang sangat panas.
Ponok sebagai persediaan makanan;
Ponok unta banyak berisi lemak dan menyediakan zat makanan secara berkala pada saat kelaparan. Dengan sistem ini, unta dapat hidup selama 3 minggu tanpa air, sementara ia kehilangan 33% berat tubuhnya. Dan dalam keadaan ekstrim yang sama, manusia akan kehilangan 8% berat tubuhnya namun mati dalam waktu 36 jam. Kerana manusia telah kehabisan air dalam tubuhnya. Seperlima bagian dari tubuhnya disimpan sebagai lemak dalam ponoknya. Penyimpanan lemak tubuh dalam satu bagian tubuh unta, dapat menghindarkannya dari kehilangan air dari seluruh tubuhnya. Ini menjadikan tubuhnya memakai jumlah seminum mungkin air. Meskipun seekor unta dapat makan 30-50 kg makanan dalam satu hari, ia dapat hidup 1 bulan hanya dengan 2 kg rumput
Unta memiliki bibir yang sangat kuat seperti karet:
Unta memiliki bibir yang sangat kuat untuk memudahkannya memakan duri yang cukup tajam menembus kulit. Lebih lanjut, ia mempunyai sistem pencernakan yang kuat sehingga unta dapat makan apa saja yang ia dapati seperti piring plastik, kapal tembaga dan buluh. Perutnya yang terbahagi kepada empat ruangan sudah terbiasa dengan segalanya, meskipun selain makanan.
Bulu penyekat panas;
Bulu unta ini terdiri dari rambut tebal dan bulu kempa yang tidak hanya melindungi tubuhnya dari keadaan cuaca dingin dan panas, namun juga menghindari kehilangan air tubuhnya. Unta dapat menahan peluh keringat tubuhnya dengan cara menaikkan suhu tubuhnya hingga 41°C, seterusnya menghindari kehilangan air dari tubuh. Dengan bulu tebalnya, unta di benua Asia dapat bertahan hidup di suhu yang tinggi sehingga 51°C di musim panas dan turun hingga -51°C di musim dingin.
Kepala yang terlindungi dari pasir:
Bulu mata unta berbentuk dua sisir terpisah yang saling melekat. Dalam keadaan bahaya, bulu matanya secara automatik tertutup. Dengan bentuk yang istimewa sebegini, meskipun sebutir pasir kecil tidak akan dapat masuk ke dalam matanya. Hidung dan telinganya pun ditutupi oleh rambut yang panjang untuk perlindungan dari debu dan pasir. Lehernya yang panjang memungkinkannya untuk meraih dan makan dedaun yang tingginya 3 meter dari tanah.
Sistem khusus ketahanan dari lapar dan dahaga:
Unta dapat hidup tanpa makan dan air selama 8 hari di bawah suhu 50°C. Selama masa ini, unta akan kehilangan 22% berat tubuhnya dan ia masih dapat bertahan hidup meskipun kehilangan 40% air dalam tubuhnya, sementara itu kehilangan 12% saja dapat menyebabkan kematian bagi manusia. Sebab ketahanannya yang lain terhadap kehausan adalah suatu mekanisme yang memungkinkan unta untuk meningkatkan suhu dalaman tubuhnya hingga 41°C. Dengan kelebihan ini, unta dapat menahan kehilangan air pada peringkat minimal dalam iklim yang sangat panas di padang pasir. Unta juga dapat menurunkan suhu dalaman tubuhnya hingga 30°C di tengah malam yang dingin di padang pasir.
Unit pemanfaatan air yang canggih:
Unta dapat memanfaatkan 130 liter air hampir dalam waktu 10 minit. Jumlah ini kira-kira sepertiga dari berat tubuhnya. Selain itu, unta juga memiliki sebuah struktur mucus (hingus) di hidungnya yang 100 kali lebih besar luasnya dari kepunyaan manusia. Setiap kali unta bernafas, udara dilembabkan oleh hingus. Ketika kita bernafas, kita kehilangan 16 mg wap air untuk setiap liter udara. Namun dengan struktur mucusnya, unta dapat memanfaatkan kelembapan udara dengan perbandingan 66%.
Mengambil manfaat maksimal dari makanan dan air:
Kebanyakan binatang mati ketika urea yang terkumpul dalam tubuhnya masuk ke dalam sistem kitaran darah. Namun, unta menggunakan urea yang dihasilkan dalam tubuhnya ini, dengan menyaringnya melalui hati secara berterusan. Akibatnya, unta memanfaatkannya sebagai sumber protein dan air. Baik darah maupun struktur sel unta dapat menjadikannya mampu bertahan hidup dalam jangka waktu yang panjang.
“Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan.” (QS. 31:20)
Sebagaimana makhluk hidup yang lain, unta pastilah tidak dapat membuat kelebihan-kelebihan di atas dengan sendirinya. Lebih lanjut, unta tida dapat menjadikan dirinya sendiri memberikan manfaat bagi umat manusia. Ayat Al-Quran yang menyebutkan "Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan?" menjelaskan ciptaan haiwan yang luar biasa ini dengan cara yang terbaik. Seperti makhluk lain, unta juga diciptakan dengan beberapa karakteristik dan kemudian ditempatkan di muka bumi sebagai suatu tanda kesempurnaan Pencipta Alam Semesta ini.
Sementara unta diciptakan dengan kelebihan fizikal yang unik dan istimewa, ia adalah untuk kepentingan umat manusia. Pada sisi lain, umat manusia diberikan tanggungjawab untuk melihat keajaiban ciptaan di seluruh alam semesta ini dan ma'rifat Sang Pencipta seluruh makhluk, Allah S.W.T. Moga-moga iman bertambah dan semakin dekat dengan Allah.




