Bestnye jalan-jalan lepas penat kerah kepala otak untuk jawab paper exam. Jadi, kat sini nak kongsi skit apa aktiviti2 yang kami buat. Jam 11.00 pagi hari Khamis kami Tahun 2-SKK seramai 22 orang bertolak ke destinasi pelancongan yang telah pun dirancang. First kitorang pegi rumah salah sorang rakan kami, Jumain Jalil kat Felda Sening, Kota Tinggi. dalam jam 1.30petang kami tiba kat sana. Lepas bersalam-salaman ngan family dia kami dihidangkan ngan makanan tengahari kami, MEE REBUS. Seeeedap!!! Makan 2 1/2 mangkuk lagi. Dah makan, kami pun solat jama' qasar. Lepas tu masing2 amikpeluang untuk berehat.Perut kenyang, hati senang, mata pun terbenam.
Sempat merakam kenangan indah bersama ngan keluarga Jumain. Akhirnya kami bertolak ke destinasi utama, Teluk Balau. Best mandi laut!
Gambar ramai-ramai selepas puas mandi laut, lama gak mandi, dekat 3 jam! Ombak dia besar-besar. Mula-mula sampai takut gak nak mandi. Tapi, alang-alang dah sampai dan jauh plak tu, maka mandi jugak lah.
Sempat posing kat batu-batu yang menarik untuk bergambar. Sakit kaki nak panjat. Lepas puas mandi laut, maka lapor le balik perut kitorang. Dah tu kitorang pun bersiap untuk pegi makan malam kat restoran MY FRIENDS. First time datang restoran ni dan rase nak datng lgi plak sebab......
Minuman dia sedap dan cawan dia besar giler. Tak yah makan pun takpe. kenyang minum ayor je. Ana dapat cawan yang paling besar sekali antara sumer cawan yang ada kat atas meja makan kami. Nama ayor ni Anggur P.C.
Persembahan makanan dia menarik. Ana makan nasik putih ngan tomyam campur. Ada api lagi kat bawah bekas tomyam tu. Ana nyer hidangan je yang ada macam tu.
Dah kenyang makan, maka kami pun balik lah ke UTM!
Dah kenyang makan, maka kami pun balik lah ke UTM!

0 comments:
Post a Comment